Tips Nak Berjaya, Jangan Lakukan 10 Perkara Ini





Menjadi orang berjaya adalah harapan semua orang di dunia ini. Dalam usaha kita mengejarnya, pasti akan ada beberapa kesilapan yang akan kita lakukan. Oleh itu beberapa tips daripada pakar psikologi dan penulis buku iaitu Dr. Henry Cloud dikongsikan untuk mengurangkan kesalahan yang mungkin kita lakukan pada masa kini dan hadapan.

1.   Ulang kesilapan yang sama
Pekerjaan atau perhubungan yang telah berakhir atas sebab yang membawa kebaikan, seharusnya tidak diulang semula dengan mengharapkan hasil yang lebih baik tanpa berbuat sesuatu yang lain.

2.   Buat sesuatu yang memerlukan kita menjadi orang lain
Bagi setiap perkara yang kita buat, seharusnya kita bertanya kepada diri sendiri “Kenapa aku melakukan ini?” “Sesuaikah dengan aku?” “Mampukah aku bertahan?” jika semua jawapan adalah TIDAK, lebih baik lupakan sahaja hajat anda.

3.   Berusaha mengubah prinsip atau diri orang lain
Sampai masanya anda akan berasa mustahil untuk mengubah orang lain. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memberikan kebebasan kepada mereka dalam menjadi diri sendiri. Pada masa itu anda juga turut merasai kebebasan tersebut.

4.   Sentiasa mendahulukan orang lain
Berbuat baik kepada orang adalah perkara mulia, tetapi mendahulukan orang lain dalam semua hal adalah perkara mustahil dan mungkin memberi kesan kepada diri anda sendiri.

5.   Memilih jalan singkat untuk kaya
Kejayaan yang manis adalah apabila diraih dengan kepayahan dan pengalaman yang sukar dilupakan. Oleh itu kita akan lebih menghargai apa yang kita ada. Dalam dunia ini tidak ada kejayaan atau kekayaan yang datang bergolek. Jika ada tentunya itu skim cepat miskin!.

6.   Terlalu percayakan manusia dan mengharapkan kesempurnaan
Tertarik dengan kesempurnaan adalah adat resam kehidupan manusia. Tetapi kesempurnaan pada manusia adalah mustahil. Perkara yang perlu anda lakukan adalah bersederhana dalam memberikan kepercayaan kepada seseorang, samaada pekerja anda ataupun sesiapa sahaja.

7.   Berangan-angan hendak sampai ke bintang
Bercita-cita tinggi tidak salah, tetapi berangan-angan tinggi sehingga diluar kemampuan diri adalah satu kesilapan besar. Tetapkan fokus dalam diri anda berdasarkan keupayaan sebenar anda. Mencuba lebih baik boleh tetapi apabila diluar kemampuan diri akan memberi kesan bukan sahaja diri anda tetapi orang yang tersayang seperti keluarga anda.

8.   Mengabaikan aset terpenting anda
Sesuatu yang nampak sempurna diluar tidak semestinya mengambarkan apa yang ada didalamnya. Perlu melihat dari perspek yang lain untuk mengetahui kelemahan sebenar akan tindakan dan usaha yang kita lakukan. Apabila kita menyedari kekurangan tersebut, kita mulai sedar terlalu banyak pengabaian terhadap diri sendiri dan sehingga kita berasa berhutang dengan diri sendiri. Oleh itu, berikan ganjaran terhadap diri sendiri setelah penat dalam melakukan sesuatu tugasan.

9.   Gagal bertanyakan peranan mereka terhadap sesuatu isu
Perbezaan ketara yang ada antara orang berjaya dan tidak berjaya ialah kurangnya cinta kepada kehidupan, perhubungan, perniagaan. Orang Berjaya selalu bertanyakan apakah peranan mereka dalam isu dan situasi yang dihadapi?. Orang yang gagal hanya menganggap bahawa mereka adalah mangsa keadaan dan menyalahkan orang lain terhadap masalah yang dihadapi.

10.   Mengejar kehidupan diluar sehingga lupa kehidupan bersama keluarga
Keluarga adalah aset terpenting bagi orang yang berjaya dan bahagia. Tiada guna kita memiliki kekayaan yang luar biasa jika hidup bersendirian dan tidak berkongsi dengan kelurga mahupun rakan-rakan yang lain. Berkongsi kekayaan yang kita ada menjadikan kita lebih tenang dan lebih bahagia.


Sumber: The Success

Ulasan