Ketahui Kenapa Lelaki Rusia ini mewarnakan muka mereka

                                                                     Nikolai Danilov

      Seorang lelaki Rusia telah bertindak mewarnakan mukanya dengan warna hijau di hadapan Red Square di Moscow. Tindakan ini sebagai tanda solidarity terhadap Alexi Navalny. Nikolai Danilov adalah seorang blogger yang menyatakan solidariti terhadap aktivis anti-rasuah Alexi Navalny yang juga telah bertindak sama sebelum itu dengan mewarnakan muka dengan warna hijau. Tindakan Danilov ini telah menyebabkan dia di tahan oleh polis.
          
      Dia telah dibawa ke balai polis dimana pihak polis mendakwa dia telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan di Red Square. Pihak polis menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Danilov dengan berjalan di kompleks Red Square bersama muka yang diwarnakan hijau adalah bercanggah dengan peraturan sedia ada. Oleh itu, dia meminta pihak polis untuk menunjukkan peraturan tersebut tetapi malangnya permintaan tersebut tidak dilayan.
 “saya menghabiskan masa 40 minit untuk mewarnakan muka saya dengan warna hijau, tanpa kekacauan dan tanpa mengeluarkan apa-apa slogan provokasi. Saya hanya mahu mendapatkan sedikit gambar sendiri di kawasan tersebut. Akhirnya kami mendapat kata sepakat, saya akan kembali ke tempat dimana mereka tahan saya dan mengambil beberapa keeping gambar” (Danilov)
          Sebelum ini, Navalny telah dihujani oleh warna hijau yang dikenali sebagai “Briliant Green” adalah agen/dye pewarna yang sering digunakan untuk menyerang aktivis dan dan ahli-ahli pembangkang anti-Kremlin.



Navalny

Ulasan