7 Fakta Menarik Tentang Bugatti Chiron Yang Ramai Tidak Tahu




Oleh: PPH

Geneva Motor Show yang berlangsung pada 29 Februari 2017 telah mencipta sejarah tersendiri apabila kereta terpantas dunia telah dilancarkan secara rasmi. Tidak lain dan tidak bukan iaitu Bugatti Chiron pengganti Bugatti Veyron yang telah menjadi kegilaan ramai jutawan-jutawan di seluruh dunia. Kini Bugatti Chiron semakin menjadi fenomena kerana terdapat beberapa fakta unik kereta ini:-



1. Panggilan nama yang tersendiri

Bagi yang menyebutnya menggunakan dialek bahasa Inggeris iaitu “Kairon” sudah tentu sebutan anda salah sama sekali. Sebutan yang betul untuk Bugatti Chiron adalah “Shir-on”. Nama unik ini diambil bersempena nama seorang lagenda dalam ujipandu kereta Bugatti iaitu Louis Alexandre Chiron. Nama Louis Chiron diambil kerana lagenda ini sangat dekat dengan Bugatti berbanding pelumba yang lain dan telah memenangi semua kejohanan utama Grand Prix tahun 1920-1930an. 



     2. Logo Bugatti Chiron

Kereta yang super mahal ini menggunakan material yang sangat berkualiti tinggi dan sudah tentu harganya juga semahal prestij keretanya. Untuk logo Bugatti Chiron yang diperbuat daripada perak yang sangat berkualiti tinggi ini mencecah harga USD $550.00. Nilai ini jika ditukarkan ke nilai Ringgit Malaysia adalah sebanyak RM 2,436.50 dengar kadar tukaran 1 USD bersamaan RM 4.43. Bayangkan apa yang akan terjadi jika kereta ini diparkir ditempat yang tidak sepatutnya, sudah tentu akan terjadi perkara yang tidak diigini oleh pemiliknya.



 
   3. Design tepi yang sangat unik

Jika anda perasan, tepi Bugatti Chiron mempunyai bentuk C yang sangat besar berbanding Bugatti Veyron. Bentuk C yang besar ini di inspirasikan daripada Bugatti model Type 57SC buatan tahun 1930. Design unik ini bukan sahaja bertujuan untuk mencantikkan sisi kereta tetapi turut berfungsi menyalurkan udara bersih serta menyejukkan enjin yang terletak dibahagian tengah kereta.



    4.Terhad 500 unit pengeluaran sahaja

Keunikan Bugatti Chiron adalah hanya 500 unit sahaja yang dibuat bagi model ini untuk seluruh dunia. Bahkan semasa pelancarannya di Geneva Motor Show diyatakan bahawa 3 unit yang dibawa untuk dipamerkan untuk majlis tersebut sudah mempunyai pemilik. Harga yang ditawarkan untuk model asas Bugatti Chiron adalah RM 11.96 juta dan bukan harga atas jalan (OTR). Dengan harga ini anda hanya perlu tambah beberapa juta sahaja lagi untuk membeli sebuah jet peribadi.


 
  5.    Dibina untuk menjadi hypercar terpantas di dunia

 Kelajuan maksimum tidak rasmi kereta ini mampu mencapai 442km/h iaitu lebih 11km/h daripada Bugatti dan 8km/h Hennessey Venom Gt. Walaubagaimanapun, dikatakan kelajuan kereta ini akan disekat sehingga 420km/h sahaja secara elektronik. Dengan ini menandakan Bugatti Chiron lebih perlahan daripada Bugatti Veyron iaitu 430km/h jika keputusan ini dimuktamadkan. 


 
   6.    Menggunakan 4 buah turbo

Enjin 8.0 16 valve ini mampu menjana kuasa sebanyak 1500 kuasa kuda dengan bantuan empat buah turbo. Kesemua tenaga luar biasa ini disalurkan keempat-empat buah roda dengan menggunakan transmisi manual 7 kelajuan.


   7.    Menggunakan 6 lubang ekzos

Jika dilihat secara mata kasar, hanya 4 lobang ekzos yang kelihatan dibelakang Bugatti Chiron. Dua lagi lubang ekzos dihalakan ke kiri dan kanan kereta secara sembunyi yang berfungsi sebagai down force (daya tekanan kebawah) untuk menyokong kestabilan kereta dikelajuan maksimum. Selain itu, lubang ekzos yang tersembunyi itu berfungsi sebagai peredam yang akan menghasilkan bunyi akustik seperti bunyi formula 1 (F1).



Sumber : Luxurylaunches.com, dan otomotif.tempo.co

Ulasan