Oleh: PPH
Sabda
Rasulullah SAW:
إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catitan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan.
إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catitan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan.
Hadis riwayat Imam Muslim (1631)
Hadis diatas jelas menerangkan akan
kewajiban dan kepentingan kita berbuat amal kebaikan ketika kita masih hidup dimuka bumi ini. Dibawah disenarai beberapa tips mudah agar kita dapat
menjalankan amal jariah sebagai seorang pelajar.
1. Berkongsi
Keperluan asas Kebersihan diri
Jika anda perasan, akan ada pelajar
yang sengaja meletakkan sabun, serbuk atau cecair mencuci pinggan di sinki
membasuh tangan di kolej kediaman. Pernahkah anda bertanya kenapakah serbu
tersebut dibiarkan tanpa dibawa masuk ke bilik. Mengikut pengalaman penulis,
tindakan tersebut sebagai salah satu cara pemilik sabun tersebut untuk
berkongsi barang keperluan asas ini kepada golongan pelajar yang tidak
berkemampuan. Dengan cara ini, semua orang di aras kolej tersebut dapat menggunakan
sabun tersebut. Oleh itu, bagi pelajar yang berkemampuan, jangan segan-segan
untuk meletakkan barang keperluan asas anda di tempat awam dalam kolej dengan
niat ingin membantu saudara yang lain dan mendapat keredahanNya.
2. Mengejutkan
Roomate Solat Subuh
Ini adalah perkara paling mudah jika
anda dikurniakan kelebihan untuk bangun subuh kerana tidak semua mampu tepat bangun
pada masa sebelum azan subuh berkumandang. Anda hanya perlu membangunkan roommate
anda dengan cara menyentuh ibu jari kaki secara berlahan-lahan sehingga roommate
anda membuka mata dengan segar. Selepas itu ajaklah sekali sembahyang Jemaah di
surau jika anda seorang lelaki.
3. Belanja
kawan makan
Cara ini kebiasaanya tidak mampu
dilaksanakan selalu oleh kebanyakan pelajar kerana kekangan kewangan. Namun jika
anda kretif, anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk melakukan
perkara ini. Sebagai contoh, sediakan gula-gula setiap masa dengan anda bila
kawan anda terasa ingin makan sesuatu, boleh berikan gula-gula atau apa-apa
sahaja seumpanya kepada dia. Memang betul, makanan tersebut tidak mengenyangkan,
namun sekurang-kurangnya anda sudah dapat membantu kawan anda menghilangkan rasa
ingin makan sesuatu.
4. Memberi
salam kepada pekerja kolej
Perbuatan memberi salam ini dilihat
sudah semakin pudar tatkala sudah menjejakkan kaki ke menara gading. Jika
dahulu di sekolah rendah dan menengah kita diwajibkan untuk memberi salam
kepada sesiapa sahaja yang lebih tua daripada kita. Apa kata nilai-nilai ini
kita ulangi kembali di universiti atau kolej. Jika terserempak dengan pekerja
pembersihan kolej berikanlah senyuman dan salam kepada mereka . Perbuatan ini
bukan sahaja mengembirakan mereka, bahkan turut memberikan aura positif kepada
kita dalam menuntut ilmu.
5. Mengemas
pinggan di tempat yang disediakan selepas makan di Kafetaria
“ Eh takpelah ada orang akan kemas
nanti”. Sangat sedih jika ada pelajar universiti yang berpikiran sedemikian
rupa yang diibaratkan sebagai pemikiran kelas ketiga. Namun, perkara ini
bukanlah fiksyen semata tetapi realiti yang kita nampak di kebanyakan kafeteria
universiti di Malaysia. Apa kata kita ubah mind
set ini menjadi yang lebih baik dengan mengemas sendiri pinggan yang telah
kita gunakan di tempat yang sepatutnya. Orang yang akan menggunakan meja
tersebut selepas kita akan sangat senang hati dan sumpah serana pasti tidak
akan muncul di bait kata mereka.
Sebenarnya banyak lagi tips ataupun
cara mudah mendapatkan pahala di hostel/ kolej kediaman pelajar. Anda boleh
fikirkannya dengan cara yang terbaik dan wajar. Jika ada tambahan, silakan
komen dibawah ataupun email kami di pakupakis646@gmail.com
dan berkongsi tips yang anda lakukan sekarang. Artikel ini hanyalah pendapat
penulis dan tidak semestinya tepat 100%. Silakan like dan share artikel ini
jika membawa manfaat. Sekian terima kasih
Ulasan