Budaya Korea ataupun lebih dikenali
dalam kalangan penduduk Malaysia sebagai Kpop sudah menjadi kegilaan remaja
masa kini. Tidak kurang hebatnya ada yang sanggup menghabiskan masa menghadap
Komputer riba berjam-jam lamanya semata-mata hendak menghabiskan sebuah drama
yang beratus-ratus episod.
Jika anda perasan, perkataan Hanwoo
ataupun Korean Beef sering kali disebut oleh pelakon-pelakon Korea dalam skrip
drama mahupun filem. Kebiasaan babak orang yang berada sahaja makan makanan
yang dianggap mewah ini. Hidangan ini dianggap sangat eksklusif sehingga menjadi
keinginan setiap orang Korea memakannya.
Gred yang diletakkan untuk daging
lembu ini sangat tinggi iaitu A++, A+, A, B dan C. Anda boleh bayangkan betapa
tingginya nilai Hanwoo dimata orang Korea gerd A terletak di tempat ketiga.
Harga yang diletak bagi sekilo Hanwoo ialah 26.05 USD bersamaan RM 115.40 mengikut tukaran
wang asing semasa 1.00 USD bersamaan RM 4.43 ketika artikel ini dihasilkan.
Filem aksi Korea seperti New World ada memaparkan babak seorang
usahawan yang sangat berpengaruh sedang makan daging lembu bersama orang
bawahannya. Pada mulanya mereka makan dan berbincang seperti biasa. Namun,
setelah mereka mengetahui bahawa bos mereka membelanja mereka makan Hannon
tanpa semena-mena selera mereka memuncak.
Persoalannya, apakah keistimewaan
Hanwoo sehingga orang korea sangat mengagungkan daging ini berbanding daging
import?. Persoalan ini pernah dilontarkan melalui forum di reddit.com. Ini
antara sebab Hanwoo sangat mahal di Korea:-
1.
Tanah
ternakan yang terhad di Korea Selatan menyebabkan permintaan melebihi penawaran
2.
Kempen/
semangat nasionalis cintakan produk tempatan bahawa daging import tidak sihat.
3.
Lambakan
bekalan daging import asil keupayaan USA dan Australia mengeluarkan banyak
daging untuk dieksport.
4.
Hanwoo
masih segar dan daging import kurang segar kerana telah disejuk-bekukan.
Bagi pendapat
peribadi penulis, persepsi yang telah di konstrak oleh pemerintah agar
rakyatnya mengutamakan produk tempatan menjadikan Hanwoo begitu istimewa.
Apabila permintaan melebih penawaran maka secara tidak langsung harga produk
tersebut turut meningkat. selepas ini bagi sesiapa yang nak pergi Korea
bolehlah rasa Hanwoo tetapi pastikan halal baru makan.
Sumber: Reddit.com, efeedlink.com
Ulasan